Alhamdulillah, pada 23 dan 24 April yang lalu, UBMT telah berjaya mengadakan jaulah ke salah satu tempat peranginan yang terletak di Kafr Syeikh iaitu Baltim. Seramai 22 peserta telah berkesempatan ke sana dengan menaiki dua tremco. Kami bertolak pada jam 3.45 petang dan tiba ke destinasi kira-kira pukul 5.45 petang. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ditemani dengan zikir memuji kebesaran Allah sambil melihat pemandangan yang menakjubkan ciptaan Allah SWT.
Tiba di Baltim, kami menginap di chalet yang berdekatan dengan pantai. Subhanallah, pemandangan ketika terbenam matahari amat menarik perhatian. Selepas Solat Jamak Maghrib dan Isyak, kami dihidangkan dengan pengisian rohani.
Kemudian program diteruskan dengan kuiz uji minda serta lukis dan teka. Pelbagai aksi dapat dilihat dan semua terhibur. Selepas makan malam dan berBBQ, semua melepaskan lelah di bilik masing-masing.
Selepas Solat Subuh dan tazkirah, kami terus ke pantai untuk menikmati hembusan anginnya. Alhamdulillah. Masing-masing tidak melepaskan peluang keemasan. Kami pulang ke tempat penginapan kira-kira jam 8.00 pagi. Majlis perasmian penutup diadakan selepas sarapan pagi. Selepas bertukar-tukar hadiah, kami berkemas untuk pulang. Alhamdulillah, kira-kira jam 1.00 petang kami sampai ke Tanta dengan selamat.
Pihak UBMT mengucapkan terima kasih kepada ahli UBM dan DPMT yang telah menjayakan jaulah ini. Semoga Allah membalas dengan kebaikan.
No comments:
Post a Comment