Jalan Syuber, 26 Mei - Sebuah peristiwa yang tidak diingini berlaku tengah hari tadi sekitar waktu Zohor apabila dua orang siswi Malaysia diganggu oleh seorang arab Mesir.
Rentetan daripada itu, Pengerusi DPMT, Saudara Dzulhilmi bin Roslan dihubungi oleh AJK PCT bagi melaporkan kes berkenaan.
Sejurus selepas itu, beliau yang ditemani oleh Ketua UKKS, Saudara Mohd Adam bin Ramli dan Penghulu Kamsis Syarbini, Saudara Mustafa bin Muhammad bertemu dengan mangsa bagi mengetahui duduk bangun kisah sebenar daripada mulut mangsa.
Dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh Penasihat PCT, Saudara Zulkifli bin Mohammad tersebut, mangsa yang dirahsiakan namanya menceritakan peristiwa yang baru sahaja dilaluinya secara terperinci.
Menurutnya yang hadir bersama AJK PCT Siswi, seorang warga tempatan telah menceroboh masuk ke ruang legar di bawah bangunan agen Medik Mesir Siswi.
Katanya, arab tersebut kemudiannya memanggil siswi yang berada di dalam rumah, tetapi tidak dilayan. Selepas itu, arab tersebut yang berkemungkinan berasa kecewa terus menghilangkan diri.
"Walau bagaimanapun ia datang kembali dan bertindak mengganggu dengan meraba kami berdua yang secara kebetulan berada ruangan bawah bangunan," kata salah seorang mangsa yang tidak menyangka kejadian sebegitu akan menimpa dirinya.
Tambah mangsa, ketika mengalami detik-detik cemas tersebut, dia hanya mampu menjerit sebagai tindakan mempertahankan diri dan berharap mendapatkan pertolongan daripada rakan-rakannya yang lain.
Katanya lagi, dia berasa lega kerana tindakan tersebut berjaya mendatangkan kesan apabila arab berkenaan melepaskannya dan segera bertindak melarikan diri.
Ketika ditanya bagaimana arab tersebut boleh menceroboh masuk ke dalam bangunan, mangsa memberitahu bahawa terdapat rakan sebangunan dengannya terlupa untuk menutup pintu pagar utama selepas membuang sampah.
Diminta mengulas kejadian berkenaan ketika dihubungi wartawan, Saudara Dzulhilmi menyifatkan bahawa kejadian tersebut berpunca daripada kecuaian pelajar yang akhirnya telah membuka peluang kepada arab berkenaan masuk ke dalam bangunan dengan mudah dan melakukan gangguan seksual terhadap siswi kita.
Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh pelajar khususnya siswi agar kejadian sedemikian tidak berulang kembali.
Ini kerana menurut beliau, bukan kali pertama kejadian sedemikian berlaku di Tanta.
Beliau yang menerima laporan kes berkenaan mengambil tindakan menghubungi pihak Keselamatan Mesir dengan segera. Walau bagaimanapun beliau diminta untuk menghubungi Polis Bahagian Aduan Kecemasan.
Polis daripada bahagian tersebut tiba bagi mengambil maklumat daripada mangsa dan menasihatkan kepada mana-mana mangsa gangguan seksual agar mendapatkan bahan bukti seperti gambar bagi memudahkan siasatan dan tangkapan sekiranya ia berulang kembali selepas ini.
Kes ini turut dimaklumkan pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang diketuai oleh Presidennya, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime. Turut mendapat makluman, Ketua Lajnah Muhafazah, Saudara Mohd Azlan bin Hj. Alias.
Apa yang berlaku hari ini perhatian yang serius daripada pihak DPMT dan PCT. Sehubungan dengan itu, Saudara Dzulhilmi menasihati semua warga Tanta sama ada Perubatan mahupun Pengajian Islam agar meningkatkan tahap keselematan di kediaman masing-masing daripada segala aspek. Ini bagi memastikan kes-kes seperti kecurian, ganggguan seksual, dan lain-lain dapat dielakkan lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.
Menurut beliau, seolah-olah menjadi kebiasaan apabila tiba musim peperiksaan, kadar kes yang melibatkan pelajar Malaysia di sini meningkat.
Selain daripada itu, beliau juga berharap kes sedemikian dilaporkan dengan segera yang mungkin kepada pihaknya jika ia berlaku lagi agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
http://edpmt.org/v03/
************************************************************************
Harapan kami agar mahasiswi berhati-hati dengan menjaga akhlak dan pemakaian supaya kes seperti ini tidak berulang.Jika berlaku kejadian yang tidak diingini segera menghubungi AJKT PCT dan DPMT.
Wednesday, May 26, 2010
Mabruk!
Pada 21 Mei lalu bersamaan 7 Jamadil Akhir 1431H, pasangan Ustaz Hafiz Samuri dan Ustazah Salwa telah mendapat anak kedua mereka. Ustazah Salwa selamat melahirkan anak perempuan yang beratnya 2.48 kg pada jam 5.47 petang di Pusat Perubatan & Bersalin UMRA, Shah Alam. Pihak UBMT mengucapkan tahniah dan semoga anak perempuan tersebut akan menjadi anak yang solehah. Amin. |
Saturday, May 15, 2010
Selamat mengulangkaji
Pihak UBMT (Unit Bait Muslim Cawangan Tanta) mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua ahli UBMT, seluruh ahli DPMT (Dewan Perwakilan Cawangan Tanta) dan PCT (Perubatan Cawangan Tanta).
Kami berharap kepada semua mahasiswa agar menggunakan masa yang berbaki ini dengan mengulangkaji, mentelaah dengan sebaik mungkin.
Semoga kejayaan akan kita capai,amin.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Kami berharap kepada semua mahasiswa agar menggunakan masa yang berbaki ini dengan mengulangkaji, mentelaah dengan sebaik mungkin.
Semoga kejayaan akan kita capai,amin.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Thursday, May 13, 2010
Sekadar renungan: Hantaran Al-Quran
Oleh : Muhamad Al Hafiz
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd
“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula.
Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi
orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQuran yang menjadi hantaran sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
Sekadar Renungan~
Tuesday, May 11, 2010
AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR
Alhamdulillah marilah sama-sama kita tuturkan lafaz kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kita kehidupan yang sempurna didunia yang fana ini.Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad Sallahu A’laihi Wassalam nabi sekalian alam.Utusan Allah yang telah memberikan kepada kita ilmu dan pengajaran didalam menjalankan aktiviti seharian dan juga menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.
Operasi pencegahan maksiat adalah salah satu tuntutan agama berdasarkan konsep amar makruf nahi munkar. Maka sepatutnya ia akan mendatangkan pahala kepada sesiapa yg terlibat dalam operasi berkenaan. Tetapi, untuk mendapatkan pahala daripada Allah, sesuatu ibadat itu perlu mengikut segala syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika tidak, ia bukan sahaja akan menjadi sia-sia, malah mungkin sebaliknya membebankan kita dengan dosa-dosa.
Maksud firman Allah swt :
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka adalah orang yang yang berjaya". Surah Ali 'Imran, ayat 104.
Saya pada tahun ini ditaklifkan oleh pihak PMRAM pusat untuk memegang Ketua Hisbah Pusat yang berkuatkuasa selepas daripada muktamar PMRAM kali yang ke 77.Di saat ini kita melihat peranan Unit Hisbah semakin besar oleh kerana banyak perkara-perkara maksiat yang telah berlaku yang melangkaui tahap merbahaya.
Baru-baru ini pihak Unit Hisbah peringkat pusat telah mengadakan mesyuarat kali pertama selepas daripada pelantikan. Didalam perbincangan tersebut pihak Unit Hisbah telah mengariskan empat factor utama dalam memperkasakan Unit Hisbah diperingkat pusat mahupun cawangan. Antara empat faKtor yang menjadi garis panduan untuk pembawakan pada tahun ini ialah :-
1.Tenaga Pengerak
2. Penerangan Hisbah dan Dakwah
3. Kewangan Unit Hisbah
4. Operasi bersepadu
Kempat-empat faKtor ini perlu dititik berat oleh semua Unit Hisbah peringkat pusat dan juga cawangan demi untuk menjalankan gerak kerja yang lebih teratur dan dinamik.
Berbalik kepada usul Muktamar PMRAM baru-baru ini, yang berbunyi “Menggempur gerak kerja Hisbah dalam membanteras gejala sosial dalam kalangan mahasiswa/wi di Mesir melalui tindakan berikut :- Pertama : Menggesa pihak berwajib terutamanya JPMK dan KBMK untuk bertindak dengan lebih serius. Kedua : Mewajibkan skuad penguatkuasa hisbah di setiap peringkat PMRAM pusat dan cawangan”.
Usul tersebut telah dibawa oleh Saudara Shahrizan Mohd Hazime Presiden PMRAM dan telah diterima secara bulat oleh semua perwakilan dengan perbahasan yang panjang.Disini kita lihat usul adalah perkara yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.Memandangkan usul ini menitik beratkan soal Hisbah,maka saya berharap kepada semua Pimpinan dan juga Jawatankuasa Hisbah peringkat pusat mahupun cawangan dapat melaksanakan tugas dengan berhemah dan penuh tangungjawab agar kita sama-sama dapat merialisasikan tema Hisbah "AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR" dan juga PMRAM "MANTAPKAN FIKRAH MENJANA SYAKHSIAH".
Diakhir kata saya menyeru kepada semua warga Malaysia yang menetap dibumi Mesir agar sama-sama kita dapat memberikan kerjasama dengan baik kepada Unit Hisbah dan dapat menjaga keselamatan memandangkan sejak kebelakangan ini banyak kes-kes cabul,mencuri dan lain-lain berlaku.Jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini sila laporkan kepada pihak Hisbah pusat ataupun cawangan dan Presiden PMRAM agar perkara ini dapat dibendung dengan sempurna in sya Allah. Saya juga berharap kepada semua Mahasiswi dapat menggunakan khidmat musrif yang telah disediakan oleh pihak BKAN dan DPM.Jagalah diri agar kita tidak terlibat dengan perbuatan-perbuatan mungkar yang boleh membawa kita ke alam yang hina. Jangan jadikan bumi barokah ini tempat bermadu asmara dan membuat perkara yang dilarang oleh agama kita Islam.Ayuh banagkitlah sama-sama kita bergerak untuk merialisasikan impian kita ” Negara Yang Baik Mendapat Keampunan Allah”.
Semoga kewujudan unit Hisbah ini dapat membantu individu-individu yang bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) khususnya dan pelajar Malaysia amnya menerapkan tuntutan nilai Ihsan dalam diri mereka sepanjang tempoh mereka menuntut ilmu lantas mengahasilkan suasana landskap biah solehah yang di citakan di bumi mesir ini. Sekian, terima kasih.
"AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR"

"MANTAPKAN FIKRAH MENJANA SYAKHSIAH".
(MAJDI BIN ZAKARIA)
KETUA HISBAH PMRAM 2010
Sumber : PMRAM
Sunday, May 9, 2010
Hari Ibu: Bolehkah Menyambutnya?
Oleh: Dr.Shahibul Afzan Wahab
International Islamic University Malaysia
http://azansubuhkhamis.blogspot.com
International Islamic University Malaysia
http://azansubuhkhamis.blogspot.com
Hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei telah menjadi tradisi banyak negara untuk meraikan Hari Ibu. Pada tahun ini, tarikhnya jatuh pada 9 Mei iaitu hari esok. Saya agak terkeliru dengan perkara ini kerana menurut beberapa sumber yang diperolehi, kita tidak boleh mengikut tradisi sambutan Hari Ibu ini kerana terdapat unsur-unsur agama lain di dalamnya. Saya bertanya kepada seorang ustaz yang arif, lalu inilah jawapan yang diberikan...
* * *
Sebahagian ahli sejarah mengatakan Hari Ibu datangnya dari Greek, iaitu sambutan Tuhan Ibu, Ria isteri Cronos (tuhan bapa). Dahulu di Rome, ada perayaan yg serupa utk menyembah atau memuliakan Sybil, ibu yg lain bagi tuhan2. Di England, dikatakan perayaan ini diubah oleh gereja kepada perayaan memuliakan Mary. Di USA, ada kisah lain begitu juga di negara2 Arab.
Walaubagaimanpun, memang ulama masih berselisih tentang isu ini. Ulama masih tidak ijmak dalam isu ini maka ia masih dalam ruang lingkup perkara khilaf. Kaedah fiqah, "Tidak diingkari perkara yg diperselisihkan ulama, tapi yg diingkari ialah yg telah ijmak akannya oleh ulama." Maknanya jangan terlalu mudah menghukum bidaah atau haram terhadap perkara yg masih diperselisihkan tetapi ini tidak bermakna kita biarkannya bahkan mestilah dinasihati jika hukumnya lebih dekat kpd haram.
Ada ulama yg mengharamkan terus sambutan Hari Ibu dan ada yg membenarkannya.
1) Dr. Rajab Abu Malih:
"Maka ada dua kumpulan ulama dalam masalah ini:
1-Ulama yg berpendapat perayaan atau sambutan yg datang dari luar agama maka, ia dikira keji dan kita tidak perlu mengikutnya atau taklidnya. Dalam agama kita sudah cukup utk menjadikan kita yg memandu bukan dipandu, diikuti bukan mengikuti.
2-Ulama yg berpendapat perayaan atau sambutan ini termasuk dalam kategori adat2 kebiasaan. Maka, hukum asalnya ialah harus. Selagi mana sambutan ini bertepatan dgn Islam dan garis panduannya dan mempunyai asal dalam syariat kita maka tidak haram dan tidak makruh.
Walaupun kita hormati pendapat pertama dan hormati sesiapa yg berpendapat sedemikian, kita berpegang kepada pendapat kedua iaitu harus tetapi mestilah mengikut garis2 panduan."
2) Dr. Muhammad Bakr Ismail, pensyarah Tafsir dan Ulum Quran Uni. Al-Azhar:
"Sambutan ini dikira bidaah dari sudut adat kebiasaan bukan bidaah dari sudut ibadat. Bidaah adat tidak disuruh mahupun dilarang oleh Islam kecuali apabila ia berkait dgn agama samada secara dekat mahupun jauh. Maka apabila adat2 ini menzahirkan kesetiaan dan mengiktiraf serta mengajak supaya berbuat baik kpd sesiapa yg layak menerima kebaikan itu spt ibubapa dan nenek dan datuk, maka Islam menerima adat2 sebegini.
Tetapi jika adat2 ini menzahirkan yg sebaliknya, berlaku pula perkara2 yg dilarang spt pembaziran, hiburan2 yg sia2, maka ia dilarang oleh Islam."
3) Dr Abd Fatah Asyur, ulama Al-Azhar:
"Sambutan hari2 tertentu yg memuliakan manusia atau memperingati peristiwa2 yg baik tidak disebut oleh sesiapapun sebagai sambutan keagamaan tapi ia ialah peluang utk menzahirkan perasaan yg bagus terhadap orang2 yg melakukan kebaikan kpd kita antaranya apa yg disebut sebagai Hari Ibu.
Ibu mempunyai kedudukan yg khusus dalam agama Allah bahkan dalam setiap agama maka oleh sebab itu, ibu wajib dimuliakan, dihormati dan disambutnya."
4) Syeikh Hamid Al-Attar, Anggota Persatuan Ulama Sedunia
"Sambutan Hari Ibu pada satu hari yg ditetapkan, di sisiku sekurang-kurangnya makruh hukumnya. Dan tidak jauh utk jadi haram, bukan sebab bidaah tapi sebab taqlid orang bukan Islam dalam adat2 dan perayaan2 mereka. Dalilnya "Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangannya." Riwayat Abu Daud.
Sayyiduna Umar tulis kepada umat Islam yg tinggal di negara Iran, "Jauhilah kamu akan pakaian orang2 syirik." Riwayat Ahmad.
5) Dr. Muhammad Abd Latif Banna
Beliau berpendapat tiada larangan utk menyambut perayaan dgn syarat:
1-Dalam sambutan itu, tiada perkara yg ditegah syarak spt ikhtilat.
2-Tidak bertujuan meniru/menyerupai orang barat.
3-Sambutan ini termasuk sambutan sepanjang tahun (tidak terhad pada hari tertentu sahaja bahkan sepanjang tahun tapi dikhususkan hari tertentu mungkin untuk lebih kerap meluangkan masa bersama atau memberi hadiah-penulis)
Wallahu'alam.
Selamat Hari Ibu kepada semua kaum ibu, semoga menjadi ibu, isteri dan anak solehah. Amin
Selamat Hari Ibu kepada semua kaum ibu, semoga menjadi ibu, isteri dan anak solehah. Amin
Saturday, May 8, 2010
Wednesday, May 5, 2010
Kelahiran seorang puteri
Pada 4 Mei 2010 bersamaan 20 Jamadil Awwal 1431 Hijrah, lahirnya seorang lagi puteri kepada pasangan Ustaz Mohamad Anuar Bin Mohamad Kamal dan Ustazah Noraishah Bt Abdullah. Alhamdulillah anak mereka selamat dilahirkan pada jam 8.10 malam di Hospital Tibbah, Tanta. Semoga dengan kehadiran srikandi itu bakal menjadi pembela agama di suatu hari nanti, amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)