Showing posts with label Hisbah. Show all posts
Showing posts with label Hisbah. Show all posts

Friday, June 18, 2010

Berhati-hati

Us Majdi Zakaria..... Ketua Unit Hisbah PMRAM Pusat
sumber : blog hisbah (link)

Kepada semua mahasiswa yang berada dibumi mesir agar dapat mempertingkat keselamatan kita semua kerana sejak akhir-akhir ini banyak ganguan telah berlaku,kes terbaru berlaku dibumi Zagazig tentang perlakuan Arab yang tidak senonoh cuba melakukan ganguan seksual terhadap mahasiswi perubatan.

Apa yang penting ialah kita cuba bertindak dengan keadaan berikut:-

 Sila bergerak kearah tempat yang selamat

 Elakan keluar seorang diri walaupun keadaan terdesak

 Jangan panik ketika keadaan kecemasan berlaku

 Banyakan selawat tafrijiah dan lain-lain amalan agar kita tidak alpa

 Sila hubungi Pesiden ,Pengerusi PMRAM cawangan atau mana-mana wakil Hisbah dengan segera mengikut keadaan tempat

Memandangkan musim panas telah pun berada dipermulaanya keadaan orang-orang Arab lebih agresif pada waktu ini berbanding dengan musim sejuk.Keadaan kita juga tertekan dengan hampirnya imtihan jadi jagalah dan hargailah diri anda in sya Allah.Gunalah khidmat musrif sepenuhnya dengan apa yang telah diaturkan oleh BKAN dan DPM masing-masing.

Akhir kata kita sama-sama berdoa agar semuanya berada dalam keadaan selamat in sya Allah doa adalah senjata bagi kita. Mungkin ini adalah dugaan dan hikmah bagi kita memandangkan keadaan masalah sosial dikalangan ahli kita semakin parah. Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada mereka yang tidak endah dengan keadaan sekeliling dan masih lagi melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Usaha dan doa perlu seiring jangan kita hanya seronok menjadi muhtasib tanpa kita memohon pertolongan daripada Allah insya Allah

Wassalam

Wednesday, May 26, 2010

Berhati-hati

Jalan Syuber, 26 Mei - Sebuah peristiwa yang tidak diingini berlaku tengah hari tadi sekitar waktu Zohor apabila dua orang siswi Malaysia diganggu oleh seorang arab Mesir.

Rentetan daripada itu, Pengerusi DPMT, Saudara Dzulhilmi bin Roslan dihubungi oleh AJK PCT bagi melaporkan kes berkenaan.

Sejurus selepas itu, beliau yang ditemani oleh Ketua UKKS, Saudara Mohd Adam bin Ramli dan Penghulu Kamsis Syarbini, Saudara Mustafa bin Muhammad bertemu dengan mangsa bagi mengetahui duduk bangun kisah sebenar daripada mulut mangsa.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh Penasihat PCT, Saudara Zulkifli bin Mohammad tersebut, mangsa yang dirahsiakan namanya menceritakan peristiwa yang baru sahaja dilaluinya secara terperinci.

Menurutnya yang hadir bersama AJK PCT Siswi, seorang warga tempatan telah menceroboh masuk ke ruang legar di bawah bangunan agen Medik Mesir Siswi.






Katanya, arab tersebut kemudiannya memanggil siswi yang berada di dalam rumah, tetapi tidak dilayan. Selepas itu, arab tersebut yang berkemungkinan berasa kecewa terus menghilangkan diri.

"Walau bagaimanapun ia datang kembali dan bertindak mengganggu dengan meraba kami berdua yang secara kebetulan berada ruangan bawah bangunan," kata salah seorang mangsa yang tidak menyangka kejadian sebegitu akan menimpa dirinya.

Tambah mangsa, ketika mengalami detik-detik cemas tersebut, dia hanya mampu menjerit sebagai tindakan mempertahankan diri dan berharap mendapatkan pertolongan daripada rakan-rakannya yang lain.

Katanya lagi, dia berasa lega kerana tindakan tersebut berjaya mendatangkan kesan apabila arab berkenaan melepaskannya dan segera bertindak melarikan diri.

Ketika ditanya bagaimana arab tersebut boleh menceroboh masuk ke dalam bangunan, mangsa memberitahu bahawa terdapat rakan sebangunan dengannya terlupa untuk menutup pintu pagar utama selepas membuang sampah.

Diminta mengulas kejadian berkenaan ketika dihubungi wartawan, Saudara Dzulhilmi menyifatkan bahawa kejadian tersebut berpunca daripada kecuaian pelajar yang akhirnya telah membuka peluang kepada arab berkenaan masuk ke dalam bangunan dengan mudah dan melakukan gangguan seksual terhadap siswi kita.

Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh pelajar khususnya siswi agar kejadian sedemikian tidak berulang kembali.

Ini kerana menurut beliau, bukan kali pertama kejadian sedemikian berlaku di Tanta.

Beliau yang menerima laporan kes berkenaan mengambil tindakan menghubungi pihak Keselamatan Mesir dengan segera. Walau bagaimanapun beliau diminta untuk menghubungi Polis Bahagian Aduan Kecemasan.

Polis daripada bahagian tersebut tiba bagi mengambil maklumat daripada mangsa dan menasihatkan kepada mana-mana mangsa gangguan seksual agar mendapatkan bahan bukti seperti gambar bagi memudahkan siasatan dan tangkapan sekiranya ia berulang kembali selepas ini.

Kes ini turut dimaklumkan pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang diketuai oleh Presidennya, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime. Turut mendapat makluman, Ketua Lajnah Muhafazah, Saudara Mohd Azlan bin Hj. Alias.

Apa yang berlaku hari ini perhatian yang serius daripada pihak DPMT dan PCT. Sehubungan dengan itu, Saudara Dzulhilmi menasihati semua warga Tanta sama ada Perubatan mahupun Pengajian Islam agar meningkatkan tahap keselematan di kediaman masing-masing daripada segala aspek. Ini bagi memastikan kes-kes seperti kecurian, ganggguan seksual, dan lain-lain dapat dielakkan lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.

Menurut beliau, seolah-olah menjadi kebiasaan apabila tiba musim peperiksaan, kadar kes yang melibatkan pelajar Malaysia di sini meningkat.

Selain daripada itu, beliau juga berharap kes sedemikian dilaporkan dengan segera yang mungkin kepada pihaknya jika ia berlaku lagi agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil.


http://edpmt.org/v03/
************************************************************************

Harapan kami agar mahasiswi berhati-hati dengan menjaga akhlak dan pemakaian supaya kes seperti ini tidak berulang.Jika berlaku kejadian yang tidak diingini segera menghubungi AJKT PCT dan DPMT.

Tuesday, May 11, 2010

AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR

Alhamdulillah marilah sama-sama kita tuturkan lafaz kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kita kehidupan yang sempurna didunia yang fana ini.Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad Sallahu A’laihi Wassalam nabi sekalian alam.Utusan Allah yang telah memberikan kepada kita ilmu dan pengajaran didalam menjalankan aktiviti seharian dan juga menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

Operasi pencegahan maksiat adalah salah satu tuntutan agama berdasarkan konsep amar makruf nahi munkar. Maka sepatutnya ia akan mendatangkan pahala kepada sesiapa yg terlibat dalam operasi berkenaan. Tetapi, untuk mendapatkan pahala daripada Allah, sesuatu ibadat itu perlu mengikut segala syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika tidak, ia bukan sahaja akan menjadi sia-sia, malah mungkin sebaliknya membebankan kita dengan dosa-dosa.

Maksud firman Allah swt :

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka adalah orang yang yang berjaya". Surah Ali 'Imran, ayat 104.

Saya pada tahun ini ditaklifkan oleh pihak PMRAM pusat untuk memegang Ketua Hisbah Pusat yang berkuatkuasa selepas daripada muktamar PMRAM kali yang ke 77.Di saat ini kita melihat peranan Unit Hisbah semakin besar oleh kerana banyak perkara-perkara maksiat yang telah berlaku yang melangkaui tahap merbahaya.

Baru-baru ini pihak Unit Hisbah peringkat pusat telah mengadakan mesyuarat kali pertama selepas daripada pelantikan. Didalam perbincangan tersebut pihak Unit Hisbah telah mengariskan empat factor utama dalam memperkasakan Unit Hisbah diperingkat pusat mahupun cawangan. Antara empat faKtor yang menjadi garis panduan untuk pembawakan pada tahun ini ialah :-

1.Tenaga Pengerak
2. Penerangan Hisbah dan Dakwah
3. Kewangan Unit Hisbah
4. Operasi bersepadu

Kempat-empat faKtor ini perlu dititik berat oleh semua Unit Hisbah peringkat pusat dan juga cawangan demi untuk menjalankan gerak kerja yang lebih teratur dan dinamik.

Berbalik kepada usul Muktamar PMRAM baru-baru ini, yang berbunyi “Menggempur gerak kerja Hisbah dalam membanteras gejala sosial dalam kalangan mahasiswa/wi di Mesir melalui tindakan berikut :- Pertama : Menggesa pihak berwajib terutamanya JPMK dan KBMK untuk bertindak dengan lebih serius. Kedua : Mewajibkan skuad penguatkuasa hisbah di setiap peringkat PMRAM pusat dan cawangan”.

Usul tersebut telah dibawa oleh Saudara Shahrizan Mohd Hazime Presiden PMRAM dan telah diterima secara bulat oleh semua perwakilan dengan perbahasan yang panjang.Disini kita lihat usul adalah perkara yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.Memandangkan usul ini menitik beratkan soal Hisbah,maka saya berharap kepada semua Pimpinan dan juga Jawatankuasa Hisbah peringkat pusat mahupun cawangan dapat melaksanakan tugas dengan berhemah dan penuh tangungjawab agar kita sama-sama dapat merialisasikan tema Hisbah "AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR" dan juga PMRAM "MANTAPKAN FIKRAH MENJANA SYAKHSIAH".

Diakhir kata saya menyeru kepada semua warga Malaysia yang menetap dibumi Mesir agar sama-sama kita dapat memberikan kerjasama dengan baik kepada Unit Hisbah dan dapat menjaga keselamatan memandangkan sejak kebelakangan ini banyak kes-kes cabul,mencuri dan lain-lain berlaku.Jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini sila laporkan kepada pihak Hisbah pusat ataupun cawangan dan Presiden PMRAM agar perkara ini dapat dibendung dengan sempurna in sya Allah. Saya juga berharap kepada semua Mahasiswi dapat menggunakan khidmat musrif yang telah disediakan oleh pihak BKAN dan DPM.Jagalah diri agar kita tidak terlibat dengan perbuatan-perbuatan mungkar yang boleh membawa kita ke alam yang hina. Jangan jadikan bumi barokah ini tempat bermadu asmara dan membuat perkara yang dilarang oleh agama kita Islam.Ayuh banagkitlah sama-sama kita bergerak untuk merialisasikan impian kita ” Negara Yang Baik Mendapat Keampunan Allah”.

Semoga kewujudan unit Hisbah ini dapat membantu individu-individu yang bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) khususnya dan pelajar Malaysia amnya menerapkan tuntutan nilai Ihsan dalam diri mereka sepanjang tempoh mereka menuntut ilmu lantas mengahasilkan suasana landskap biah solehah yang di citakan di bumi mesir ini. Sekian, terima kasih.

"AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR"

"MANTAPKAN FIKRAH MENJANA SYAKHSIAH".

(MAJDI BIN ZAKARIA)
KETUA HISBAH PMRAM 2010

Sumber : PMRAM