Sunday, May 9, 2010

Hari Ibu: Bolehkah Menyambutnya?

Oleh: Dr.Shahibul Afzan Wahab
International Islamic University Malaysia

http://azansubuhkhamis.blogspot.com


Hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei telah menjadi tradisi banyak negara untuk meraikan Hari Ibu. Pada tahun ini, tarikhnya jatuh pada 9 Mei iaitu hari esok. Saya agak terkeliru dengan perkara ini kerana menurut beberapa sumber yang diperolehi, kita tidak boleh mengikut tradisi sambutan Hari Ibu ini kerana terdapat unsur-unsur agama lain di dalamnya. Saya bertanya kepada seorang ustaz yang arif, lalu inilah jawapan yang diberikan...

* * *

Sebahagian ahli sejarah mengatakan Hari Ibu datangnya dari Greek, iaitu sambutan Tuhan Ibu, Ria isteri Cronos (tuhan bapa). Dahulu di Rome, ada perayaan yg serupa utk menyembah atau memuliakan Sybil, ibu yg lain bagi tuhan2. Di England, dikatakan perayaan ini diubah oleh gereja kepada perayaan memuliakan Mary. Di USA, ada kisah lain begitu juga di negara2 Arab.

Walaubagaimanpun, memang ulama masih berselisih tentang isu ini. Ulama masih tidak ijmak dalam isu ini maka ia masih dalam ruang lingkup perkara khilaf. Kaedah fiqah, "Tidak diingkari perkara yg diperselisihkan ulama, tapi yg diingkari ialah yg telah ijmak akannya oleh ulama." Maknanya jangan terlalu mudah menghukum bidaah atau haram terhadap perkara yg masih diperselisihkan tetapi ini tidak bermakna kita biarkannya bahkan mestilah dinasihati jika hukumnya lebih dekat kpd haram.

Ada ulama yg mengharamkan terus sambutan Hari Ibu dan ada yg membenarkannya.

1) Dr. Rajab Abu Malih:

"Maka ada dua kumpulan ulama dalam masalah ini:

1-Ulama yg berpendapat perayaan atau sambutan yg datang dari luar agama maka, ia dikira keji dan kita tidak perlu mengikutnya atau taklidnya. Dalam agama kita sudah cukup utk menjadikan kita yg memandu bukan dipandu, diikuti bukan mengikuti.

2-Ulama yg berpendapat perayaan atau sambutan ini termasuk dalam kategori adat2 kebiasaan. Maka, hukum asalnya ialah harus. Selagi mana sambutan ini bertepatan dgn Islam dan garis panduannya dan mempunyai asal dalam syariat kita maka tidak haram dan tidak makruh.

Walaupun kita hormati pendapat pertama dan hormati sesiapa yg berpendapat sedemikian, kita berpegang kepada pendapat kedua iaitu harus tetapi mestilah mengikut garis2 panduan."


2) Dr. Muhammad Bakr Ismail, pensyarah Tafsir dan Ulum Quran Uni. Al-Azhar:

"Sambutan ini dikira bidaah dari sudut adat kebiasaan bukan bidaah dari sudut ibadat. Bidaah adat tidak disuruh mahupun dilarang oleh Islam kecuali apabila ia berkait dgn agama samada secara dekat mahupun jauh. Maka apabila adat2 ini menzahirkan kesetiaan dan mengiktiraf serta mengajak supaya berbuat baik kpd sesiapa yg layak menerima kebaikan itu spt ibubapa dan nenek dan datuk, maka Islam menerima adat2 sebegini.

Tetapi jika adat2 ini menzahirkan yg sebaliknya, berlaku pula perkara2 yg dilarang spt pembaziran, hiburan2 yg sia2, maka ia dilarang oleh Islam."

3) Dr Abd Fatah Asyur, ulama Al-Azhar:

"Sambutan hari2 tertentu yg memuliakan manusia atau memperingati peristiwa2 yg baik tidak disebut oleh sesiapapun sebagai sambutan keagamaan tapi ia ialah peluang utk menzahirkan perasaan yg bagus terhadap orang2 yg melakukan kebaikan kpd kita antaranya apa yg disebut sebagai Hari Ibu.

Ibu mempunyai kedudukan yg khusus dalam agama Allah bahkan dalam setiap agama maka oleh sebab itu, ibu wajib dimuliakan, dihormati dan disambutnya."

4) Syeikh Hamid Al-Attar, Anggota Persatuan Ulama Sedunia

"Sambutan Hari Ibu pada satu hari yg ditetapkan, di sisiku sekurang-kurangnya makruh hukumnya. Dan tidak jauh utk jadi haram, bukan sebab bidaah tapi sebab taqlid orang bukan Islam dalam adat2 dan perayaan2 mereka. Dalilnya "Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangannya." Riwayat Abu Daud.

Sayyiduna Umar tulis kepada umat Islam yg tinggal di negara Iran, "Jauhilah kamu akan pakaian orang2 syirik." Riwayat Ahmad.

5) Dr. Muhammad Abd Latif Banna

Beliau berpendapat tiada larangan utk menyambut perayaan dgn syarat:

1-Dalam sambutan itu, tiada perkara yg ditegah syarak spt ikhtilat.
2-Tidak bertujuan meniru/menyerupai orang barat.
3-Sambutan ini termasuk sambutan sepanjang tahun (tidak terhad pada hari tertentu sahaja bahkan sepanjang tahun tapi dikhususkan hari tertentu mungkin untuk lebih kerap meluangkan masa bersama atau memberi hadiah-penulis)

Wallahu'alam.



Selamat Hari Ibu kepada semua kaum ibu, semoga menjadi ibu, isteri dan anak solehah. Amin


No comments: