Friday, April 16, 2010


Bait Muslim???

Salam rindu buat semua kenalan...

Hari ini saya mengajak adik,abang,kakak dan semua adakah kita sudah membina Bait Muslim?mungkin kita tertanya-tanya apakah dia Bait Muslim?
Bait Muslim ialah bermaksud rumahtangga islam yang terbina dengan berlandaskan acuan islam bermula daripada pemilihan calon suami atau isteri.Mereka menjaga hubungan yang tidak dihalalkan oleh agama seperti pergaulan bebas,cinta monyet,Sms lucah dan sebagainya selagimana tidak diijab kabulkan(berkahwin).

Adakah perlu kita membina rumah tangga muslim ini?jawabannya tentu sekali ya.Menjadi kemestian kepada kita selaku selaku insan yang inginkan keluarga yang bahagia di dunia & akhirat.

Tidak hanya tertumpu kepada mereka yang faham agama saja,malah terbuka kepada sesiapa saja.Pernah ditanya kepada seorang artis,apakah ciri calon suami awak?dia seraya menjawab ...lelaki yang beriman.

Lihatlah kakak,adik,abang dan pak ngah sekelian,artis pun inginkan orang yang sebegitu,bagaimanakah kita?

Oleh itu marilah kita bersama membina rumah tangga muslim,bahagia diri,isteri anak dan lain-lain.

Perhatian bagi mahasiswa di Mesir,pihak PMRAM adalah menubuhkan satu organisasi yang berkaitan dengan BAIT MUSLIM di semua cawangan,samaada Bkan ataupun Muhafazah.

2 comments:

HisYamZahRa' said...

Assalamualaikum
Baguslah ada isi blog ini. Tapi Lebih bagus jika diperbaiki lagi beberapa kesalahan berbahasa yang klise itu. Seperti, penggunaan tanda wacana atau tanda soal. Memadai sudah jika sekali. Tidak perlu sampai tiga kali. ??? = x . Yang betul = ? . Begitu juga perkataan selepas tanda soal tadi sudah dikira dalam ayat baru. Jadi, Mulakanlah dengan huruf besar. Perkataan Islam pula ialah kata nama khas maka, ejalah dengan 'I'slam. Bukan 'i'slam. Begitu juga setiap selepas noktah, koma, dan semua tanda wacana memerlukan kita menekan punat spacebar sekali. Baru betul formatnya dan kemas.
Tambahan sikit lagi, ayat akhir posting ini yang bermula dengan 'perhatian bagi mahasiswa di mesir...' perlu dibaiki. Ayatnya jadi tidak betul.
Semoga sekelumit bantuan saya ini dapat membantu admin memajukan lagi laman ini. Yang baik itu jadikan tauladan, yang kurang itu jadi sempadan.
Salam hormat

Unit Bait Muslim Tanta, Gharbiyyah, Egypt said...

Syukran atas teguran