Sunday, February 28, 2010

Eminent kembali...


EMINENT kembali lagi.

Bersama kita memeriahkannya.Banyak acara yang di hidangkan kepada pengunjung diantaranya ialah nasyid,dikir barat,persembahan silat,forum BAIT MUSLIM,bazar,inter famili dan banyak lagi yang menanti anda di sana.

Untuk maklumat lanjut ,sila layari http://eminent10.blogspot.com/.

Bersama kita meraikannya.

Permata Hati


Salam,ape khabar semua?

Semoga sihat sentiasa.
Kami dari UBMT mengucapkan tahniah kepada ustaz Hasbul Nizal Bin Zakaria dan isteri, ustazah Rozian Hafidzullah Bt.Sabry di atas kelahiran puteri pertama mereka pada jam 9.45 pagi Ahad di hospital Tibah,Tanta .

Semoga kedatangan puteri mereka bakal menjadi srikandi agama suatu hari
nanti.Nantikan kemunculan gambar permaisuri mereka.


Sunday, February 21, 2010

Ucapan aluan


Ucapan Pengarah Unit Bait Muslim Cawangan Tanta (UBMT 2009/10)
(Ustaz Muhamad Fadil B.Muhamad Noor)

Alhamdulillah,selaut kesyukuran kepada Allah Taala atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua,mudah-mudahan kita senantiasa menjadi golongan yang bersyukur.

Fiman Allah yang bermaksud:

"Sekiranya kamu bersyukur di atas segala nikmatKu kepadamu,pasti Aku akan tambah nikmat itu,dan sekiranya kamu Kufur(tidak bersyukur),ingatlah azabKu amat pedih".

Terima kasih diucapkan kepada Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta kerana telah melantik saya untuk menerajui tampuk kepimpinan UBMT pada tahun ini.Juga kepada seluruh ahli Jawatankuasa yang baru dilantik.
Kita akan bergerak seiring&saling bantu membantu dalam memperkemaskan lagi perjalanan Unit Bait Muslim Tanta.

Semoga ukhuwwah yang dijalinkan kalangan mutazawwijin menjadi contoh kepada mahasiswa & mahasiswi di sini.