Thursday, April 29, 2010

Ziarah Pengarah UBM KPKM ke Tanta


Pada 29 April 2010, Pengarah Bait Muslim Keluarga Pelajar Kelantan Mesir, Ustaz Yusri B Idris telah membuat ziarah ke rumah Pengarah Bait Muslim Tanta, Us.Muhamad Fadil b Muhamad Noor dan ahli-ahli UBM yang berasal dari Kelantan.

Tujuan beliau ke sini ialah untuk mengambil biodata ahli UBM Kelantan. Alhamdulillah, semoga kunjungan beliau dapat mengeratkan hubungan dua hala antara ahli UBM.

Monday, April 26, 2010

Jaulah ke Baltim

Alhamdulillah, pada 23 dan 24 April yang lalu, UBMT telah berjaya mengadakan jaulah ke salah satu tempat peranginan yang terletak di Kafr Syeikh iaitu Baltim. Seramai 22 peserta telah berkesempatan ke sana dengan menaiki dua tremco. Kami bertolak pada jam 3.45 petang dan tiba ke destinasi kira-kira pukul 5.45 petang. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ditemani dengan zikir memuji kebesaran Allah sambil melihat pemandangan yang menakjubkan ciptaan Allah SWT.

Tiba di Baltim, kami menginap di chalet yang berdekatan dengan pantai. Subhanallah, pemandangan ketika terbenam matahari amat menarik perhatian. Selepas Solat Jamak Maghrib dan Isyak, kami dihidangkan dengan pengisian rohani.

Kemudian program diteruskan dengan kuiz uji minda serta lukis dan teka. Pelbagai aksi dapat dilihat dan semua terhibur. Selepas makan malam dan berBBQ, semua melepaskan lelah di bilik masing-masing.

Selepas Solat Subuh dan tazkirah, kami terus ke pantai untuk menikmati hembusan anginnya. Alhamdulillah. Masing-masing tidak melepaskan peluang keemasan. Kami pulang ke tempat penginapan kira-kira jam 8.00 pagi. Majlis perasmian penutup diadakan selepas sarapan pagi. Selepas bertukar-tukar hadiah, kami berkemas untuk pulang. Alhamdulillah, kira-kira jam 1.00 petang kami sampai ke Tanta dengan selamat.

Pihak UBMT mengucapkan terima kasih kepada ahli UBM dan DPMT yang telah menjayakan jaulah ini. Semoga Allah membalas dengan kebaikan.



Wednesday, April 21, 2010

Adakah anak anda menghisap puting?



ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.

Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.

Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut.

Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.

Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.

Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.

BOTOL susu juga berupaya mengganggu perkembangan kanak-kanak.

Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.

"Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.

Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.

Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.

Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.

Penggunaan secara berlebihan

Penggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.

Gejala-gejalanya ialah:

* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.

* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.

* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.

* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.

* Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.

Saturday, April 17, 2010

Sammaituhu Muhammad Nasih Ulwan

Begitu khusyuk mendengar tazkirah daripada Syeikh Mahmud


Hadirin yang memenuhi ruang tamu



Muhammad Nasih Ulwan bersama Syeikh Mahmud Al-Misri


Alhamdulillah pada 17 April 2010 telah diadakan majlis tahnik anak kepada pasangan Ustaz Muhamad Nahi B.Muhamad Hasbullah dan Ustazah Nor Zaini Bt.Abdul Kadir di rumah Ustaz Fadil .Majlis tahnik itu turut dihadiri oleh Syeikh Mahmud,ahli UBM,Exco DPMT dan PCT,jiran terdekat dan sahabat handai.



Friday, April 16, 2010


Bait Muslim???

Salam rindu buat semua kenalan...

Hari ini saya mengajak adik,abang,kakak dan semua adakah kita sudah membina Bait Muslim?mungkin kita tertanya-tanya apakah dia Bait Muslim?
Bait Muslim ialah bermaksud rumahtangga islam yang terbina dengan berlandaskan acuan islam bermula daripada pemilihan calon suami atau isteri.Mereka menjaga hubungan yang tidak dihalalkan oleh agama seperti pergaulan bebas,cinta monyet,Sms lucah dan sebagainya selagimana tidak diijab kabulkan(berkahwin).

Adakah perlu kita membina rumah tangga muslim ini?jawabannya tentu sekali ya.Menjadi kemestian kepada kita selaku selaku insan yang inginkan keluarga yang bahagia di dunia & akhirat.

Tidak hanya tertumpu kepada mereka yang faham agama saja,malah terbuka kepada sesiapa saja.Pernah ditanya kepada seorang artis,apakah ciri calon suami awak?dia seraya menjawab ...lelaki yang beriman.

Lihatlah kakak,adik,abang dan pak ngah sekelian,artis pun inginkan orang yang sebegitu,bagaimanakah kita?

Oleh itu marilah kita bersama membina rumah tangga muslim,bahagia diri,isteri anak dan lain-lain.

Perhatian bagi mahasiswa di Mesir,pihak PMRAM adalah menubuhkan satu organisasi yang berkaitan dengan BAIT MUSLIM di semua cawangan,samaada Bkan ataupun Muhafazah.

Wednesday, April 14, 2010

Penantian



Sebut pasal penantian ni, banyaklah tafsirannya. Ibu yang mengandung menanti saat kelahiran cahaya matanya. Seorang pelajar menantikan kejayaannya. Orang bertunang menantikan hari berlangsungnya perkahwinan dengan pasangannya. Orang miskin mungkin menantikan saat kekayaannya.

Bagaimana pula kita menantikan saat di Padang Masyar kelak? Di syurgakah atau neraka? Dalam golongan mana kita akan diaturkan? Ya Allah, lemahnya kita. Dunia adalah tempat singgahan. Akhiratlah tempat sebenar yang akan kita kutip buah dari semaian dunia. Menanti dan terus menanti. Moga penantian kita hanyalah kepada-Nya yang kekal abadi. Kejarlah cinta-Nya bukan makhluk-Nya.

Sedarlah wahai diri, jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tuntunan kita untuk bahagia bukan di dunia sahaja tapi di akhirat. Semog.a kita adalah antara hamba-Nya yang terpilih. Insya-Allah.

http://mujtahidah82.blogspot.com/

Kelahiran Putera Tanta


Salam mahabbah kepada semua,semoga sihat sejahtera hendaknya.
Kami bagi pihak UBM TANTA mengucapkan tahniah dan alfun mabruk kepada Ustaz Nahi B.Mohd Hasbullah dan Ustazah Nor zaini Bt.Abdul Kadir di atas kelahiran anak kedua mereka pada 11 April 2010,yang juga merupakan ulang tahun kelahiran PMRAM kali yang ke 80.


Putera sulung mereka yang beratnya 4.1 kg selamat dilahirkan pada jam 10 malam di hospital Tibbah.Semoga anak tersebut menjadi pembela agama suatu hari nanti.

Saturday, April 10, 2010

KITA UBM



Antara program mingguan yang telah dilaksanakan oleh pihak Unit Bait Muslim Tanta dibawah Unit Dakwah & Kaunseling ialah Usrah mingguan yang melibatkan seluruh alhi yang telah berkahwin.

Diantara pengisian dalam usrah ini ialah tadarus Al-Quran,Tafsir Al-Munir,Hadis Riadussalihin,Kitab Tarbiatul Aulad dan lain-lain.

Semoga program dan aktiviti yang dilaksanakan berterusan dan meningkatkan thaqofah ahli.
Selamat mengundi & bermuktamar kepada semua ahli PMRAM.

KITA PMRAM.






Thursday, April 8, 2010

Rumahtangga islam pencetus generasi perjuangan (bahagian 2)

Oleh : Syeikh Mustafa Masyhur
B: Ber
iltizam Dengan Batas-Batas Islam:

Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Samaada dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin\baru atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak.

Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan.

Mengapakah tidak di laksanakan akad nikah itu di Masjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar.

Akad nikah di dalam Mesjid tidak digemari oleh manusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan juga akad nikah itu di dalam mesjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan.

Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegak dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.

Tuesday, April 6, 2010

Kasih-kekasih

Salam,apa khabar ahli-ahli Unit Bait Muslim Cawangan Tanta?

kami doakan semua berada dalam sihat wal afiat di sisi keluarga tersayang.Juga ti
dak dilupakan kepada yang sudah berkahwin ataupun belum.

Jom bersama mengimbau kembali saat-saat bahagia sewaktu ketika dahulu yang menjaga batas-batas agama,lalu terbinalah sebuah keluarga yang bahagia.

Akhlak terjaga,maruah terpelihara.




Monday, April 5, 2010

Rumahtangga Islam pencetus generasi perjuangan.(bahagian 1)



Oleh: Syeikh Mustafa Masyhur (Jalan Dakwah)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Setiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanyalah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun Majusi¨

Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.

A: Pemilihan:

Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah, wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilih pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk menjadi isterinya yang solehah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk menjadikan suaminya yang soleh, sebagai kongsi hidup suami isteri.

Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya,memelihara dirinya di waktu ketiadaannya sekalipun bagaimana lama dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.

Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah.Si isterinya pula dapat menolong untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian dengan sabda baginda:

”Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia".

Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang menikahkan puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang salih. ( didalam keadaan yang menepati syarat-syarat nya).

Bersambung.

Thursday, April 1, 2010

Cara mengatasi anak yang nakal,degil dan suka melawan cakap orang tua.




Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.